assalamualaikum, peace be upon you, hello, etc.. welcome to my blog, it's just simple, have a nice day, and a good state of faith.=)

Thursday 17 November 2011

sahabat

Assalamualaikum .. Hari nie ana nak share satu kisah yg patut dibaca terutmanya golongan remaja .. InsyaAllah , kisah ini akan membuka pintu hati kita untuk bertaubat .. ana harap , anda dapat membaca sehingga habis n hayatinya .. InsyaAllah =)
Hembusan bayu yang bertiup lembut bersama-sama dengan deruan ombak yang memukul pantai begitu mententeramkan jiwa-jiwa hamba Sang Pencipta..
Nyaman dan damai..
"qibah, hati aku ni gelisah sangatlah rasanya sekarang ni" luah Anna kepada sahabatnya, Nur Naqibah
"apa yang buat hati kau gelisah tu? cube cerita kat aku ni. aku setia mendengar. Nak bebel panjang-panjang pun takpe. hehe" soal Naqibah sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu.
"hm, tak tahu lah. mungkin kerna dosa-dosa aku yang banyak kot. mahu saja aku jadi pokok kelapa ni. mesti tenang hari-hari dengar ombak yang menenangkan ni kan. huhu.. tapi tulah, sempena bulan Ramadhan ni aku nak sangat berubah. Aku nak berubah ke arah yang lebih baik. Aku nak jadi hamba Allah yang sebenar-benarnya. Tapi.."
"tapi apa?"
"tapi.. hmm. Kau tahu kan aku sekarang ni couple dengan Azzam. Tapi, bibir aku ni berat sangat nak cakap kat Azzam yang aku dah taknak terlibat dengan couple ni. Aku nak putus dengan dia.. aku tahu couple ni haram. Aku nak berubah. tapi, bila aku fikir balik, banyak benda dia dah berkorban untuk aku, dia dah bagi aku macam-macam.. banyak sangat aku rasa.. aku tak sangguplah mintak clash kat dia.. takut dia kecewa, takut dia merana, dan aku pun masih sayang kat dia..aku tak sampai hatilah ! tapi.."
"hm tapi ape lagi Anna?"
"tapi aku nak berubah betul-betul ni qibah.."
"aku faham perasaan kau Anna. Aku pun seorang perempuan macam kau.. tapi, alhamdulillah setakat ini, Allah masih menjaga hati aku ini, Allah masih memegang hati aku ni agar tidak terlibat dalam perkara maksiat dan aku pun selalu berharap pada Allah agar aku dengan kau dijauhkan daripada segala perkara maksiat.. sebab aku sayang kau Anna.."
"aku pun sayang kau qibah"
"hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? tapi Anna kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?
" ish, tahulah. Mestilah Allah"
"kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?"
"of course lah pencipta kita, Allah"
"kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?
"Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan.."
" ha sekarang kau sedar tak?"
"sedar dah.."
"ape yang kau sedar?"
"aku sedar semuanya datang dari Allah.."
"lagi?" soal qibah lagi..
"lagi apa?"
"kau sedar tak. Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau cantik, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri"
"tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni"
"abis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi Azzam yang kau kata telah beri 'segala-galanya' tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..?kau sanggup membelakangkan Allah demi Azzam?"
"hmm.." Anna tertunduk.. diam seribu bahasa.
"Anna, aku kenal kau bukan sekejap, dah lama dah, aku tahu kau bukan perempuan yang jahat-jahat. Kau baik. bagi aku kau sangat baik dan alhamdulillah sekarang ni kau ada niat yang sangat baik. nak berubah ke arah yang lebih baik. itu sangat baik tau. Fitrah manusia ni sentiasa suka pada kebaikan. Cuma kadang-kadang apabila nafsu menguasai diri, yang tak baik, buruk dan jelek tu nampak indah je di mata kita. itulah perlunya diri kita muhasabah diri kita kembali. Di mana kita, apa tujuan kita hidup ini. Adakah hidup ini hanya suka-suka. Pasti tidak bukan. Yang pasti setiap hamba Allah seperti kita ini mengharap pada redha-Nya agar ditempatkan kita di dalam Syurga-Nya. Jika kita jelas apa tujuan kita insyaAllah kita lebih matang dalam membuat pilihan. Tujuan hidup kita ni mengharapkan keredhaan Allah. Tapi, persoalannya disini, bercouple tu satu cara untuk mendapatkan redha Allah kah? Atau couple itu satu cara yang membawa kita ke dalam kemurkaan-Nya? Aku tahu kau dapat jawab soalan ini kan."
"qibah, aku tahu couple tu mengundang kemurkaan Allah bukannya mengundang keredhaan Allah.. tapi qibah, aku perlukan kekuatan untuk mintak clash tu. susah sangat aku rasa..aku sayang kat Azzam dan aku tahu Azzam pun sayang kat aku, tak kan aku nak biarkan dan tinggalkan dia camtu je..dia selalu kata kat aku yang dia akan cintakan aku sampai bila-bila."
"Anna, anna.. kau pasti kah Azzam sayang kau? Cuba kau fikir ya betul-betul. Azzam mesti tahu kan yang couple ni boleh mengundang kemurkaan Allah. Dia tahu benda ni berdosa. Dan kalau dia sayang kau, mengapa dia sanggup mengajak kau turut bersama-sama dengannya bergelumang dengan dosa-dosa serta bersama-sama menempah kemurkaan Allah?adakah itu yang kau panggil sayang?. kau kata tadi dia selalu ucap yang dia akan cintakan kau sampai bila-bila.. sampai bila-bila tu sampai mana? Sampai bila-bila di neraka atau sampai bila-bila di syurga? Jika di syurga tak kan lah dia mengajak kau melakukan sesuatu yang mengundang murka-Nya?tak kan dia tidak tahu yang bila Allah murka ke atas kita, nerakalah tempat kita.."
Anna diam.. tertunduk.. rasa bersalah menghempap dirinya.. airmata hangat membasahi pipinya..
"Anna, kalau benar-benar dia sayang kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara yang boleh merosakkan kau, boleh menganggu gugat kesucian diri kau, dia tidak akan mengajak kau pada perkara-perkara maksiat ni dan kalau benar dia sayang dengan kau pasti dia mahu lihat kau bahagia hingga ke syurga, pasti dia mahu lihat kau sentiasa dalam keredhaan Allah serta pasti juga dia akan benar-benar serius untuk bersama dengan kau dengan ikatan yang halal yang diredhai oleh Allah.. Aku sayang kau anna.. aku sedih bila kau begitu cepat termakan dengan kata-kata manis Azzam. lelaki yang baik itu melindungi, bukannya merosaki.Aku taknak lihat kau jadi seperti kebanyakan remaja di luar sana, yang berpeleseran, berdua-duan, bermanja-manjaan dengan lelaki yang belum tentu menjadi suaminya. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Biarlah kau menangis.. Aku lebih rela melihat kau menangis di depan aku saat ini daripada kau menangis di hari yang tiada guna lagi segala esakan tangisan.."
"hmm.. aku tak tahu nak cakap apa lagi.. kau doakan aku ya.. insyaAllah aku akan cuba melawan semua ini.."
"insyaAllah, kau boleh Anna.. sesungguhnya.. kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayang kau kepada Azzam tidak menjamin apa – apa bentuk kebahagian pun kerna rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap. Teruskan niat baik kau tu Anna. Aku sentisa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakrdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya... InsyaAllah"
"terima kasih naqibah ! InsyaAllah.. demi Cinta-Nya aku akan tinggalkn cinta manusia yang tidak menjamin apa-apa..."
"alhamdulillah.. teruskan bermujahadah melawan nafsumu wahai sahabatku..semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidak akan pernah mengecewakan. itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai.."
"insyaAllah.."
*************************************************************
malam itu, matanya seakan tidak mahu dilelapkan dek fikirannya yang masih menerawang memikirkan permasalahan yang tersimpan di kotak fikirannya. lantas, dicapainya sebatang pen... digerakkan pena itu di atas sehelai kertas putih..
Assalamualaikum...
Azzam. Saya tidak tahu bila saya akan mati.. saya takut Allah akan tarik nyawa saya ketika saya masih lagi bergelumang dengan maksiat.. oleh itu, sementara iman ini masih bernadi, selagi kesedaran ini masih lagi dianugerahi.. saya tekad.. Demi Cinta-Nya, saya tinggalkan cinta awak...... saya mahu berubah. Tolong jangan hubungi saya lagi.. terima kasih atas segala-galanya.. ini adalah surat terakhir dari saya untuk awak.. jika awak benar-benar cintakan saya, tolong nikahi saya. jika tidak bersedia, jangan mudah melafaz cinta pada sesiapa. sekian. moga Allah redha.. wassalam..
"semoga kau mengerti dan fahami niatku azzam", monolog hatinya..
"Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-Mu.Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu. Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu..aku begitu lalai dengan cinta dunia.. hinanya aku Ya Allah.. ampunilah dosaku Ya Allah..permudahkanlah untuk ku kembali pada jalanMu..", hati Anna dibisiki kata-kata keinsafan sambil airmata keinsafan tidak henti-henti mengalir di pipi..
SUMBER : Ilmi-Islam.com =D

couple

assalamualaikum , okey ni pulk opinion adila pasal couple .
kite sume mmg dh tau kan yg couple tu hukumnyer HARAM , and bende haram TIDAK AKAN BOLEH jdi halal .

so , kalau couple tu haram , mcm kte nk kawin nnt ?

hoho . soalan ni mmg slalu diaju kt adila bile adila ckp kt kengkwn adila yg kapel tuh haram . mle2 mmg rse nyer ssh nk jwb , tpi adila dh dpt jawapan die. okey , contoh la , kalau anda ialah seorg lelaki , anda sdg jln and mate korg trlihat seorg muslimah di dpn anda dn serta merta anda merasakan bahawa dri anda tlh jatuh cinta. kononnyer , cinta pandang pertama la kan . pastu , anda ade denga citer , yg die ni baik , lemah lembut , solehah dan serbi serba bgos lah kan. so , mcm mne anda nk dekati die ?

cara 1 : anda boleh mendekati die dgn menggnakan org tgh , sprti kwn baek wanita trsebut , tpi yg blh dipercayai lah yer . hoho . hah , anda blh la brjumpe dgn sahabat karib wanita trsebut dn brterus terang mengenai perasaan anda kpd sahabat karib wanita trsebut . kemudian , anda tanyer lah kt kwn die , mcm mne akhlak nyer ? sesuai ke dibuat isteri solehah kan .dn soalan2 yg pntg shj ckup ler . kemudian, kalau dh konfem trus msok meminang . yg cintan cintun tu , buat lps nikah , x dek sape nk halang knl lah mcm mne pon . hohoho .

kalau korg kapel , korg x rse ke , yg prhubungan korg tu , hanya dipenuhi kepura-puraan ? hurm.. ade ke org nk jdik dri sniri dpn ' kekasih hati trsyg' ?? hoho . lawok2 .

and ni care ke-2 : care ni , sng sgt2 !! senag giler lah , anda pergi ke rumah wanita trsebut dan jumpe ngn parents die , and brteros trang tntg keadaan dri anda . haha . macho pergh ! mmg macho . insyallah dgn izin-Nya korg akan bahagia di dunia dn di akhirat . brdoa lh supaya dipertemukan dgn jodoh yg baek .

okey, so, conclusion nyer , couple nie mmg tidak mmbwa ape2 kebaikan kpd dri anda . and pde adek2 yg umur nyer blom ckup lgy tuh , bnyk2 la brdoa supya di jaohkan dripda zina2 dan jgu bnyk2 lah doa supya dipertemukan dgn jodoh yg baek . ingtlh , perempuan yg baek hanya utk lelaki yg baek , dn jga sebaliknyer . kpd yg ingin brpatah balik tu , alhamdulillah lah yer , and pd yg msih blom sdr tu , cpt2 la sedar , ajal maut di tgn Tuhan . jd cpt2 lah pulg ke pangkal jln , korg mesti x nk meninggal dlm keadaan sdg melakukan prkra yg mungkarkn ?
mmg ssh utk mengelak prkra ini , tpi , cbe lah buad yg trbaek and kalau hati tu ade kn cuit dgn bende2 mcm tu, cpt2 la istighfar yer . korg jgn tkot utk kmbali ke jln yg benar .

kalau korg berat hati sbb boy or girl korg dh bgi mcm2 kt korg, baek korg ingt , yg Allah dh bgi lgi bnyk bende kt korg . kalau nk di listkan kat sni , mmg sampai bile pon x habis .so , aq doa supaye korg akn berubah and always be in the right path . amin . kuatkan iman ! assalamualaikum .

suka , cinta , couple ( copy & paste )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Tiga istilah dalam tajuk di atas, 'Suka, Cinta & Couple' memang amat sinonim dengan remaja. Semasa remajalah benih-benih kematangan sebagai insan yang normal mula tumbuh dan membesar. Sebagai seorang insan yang normal dan mempunyai perasan, sudah jadi fitrah bagi seorang lelaki untuk tertarik untuk mempunyai perasaan dengan perempuan begitu juga sebaliknya. 
Jadi berbalik kepada soalan si penanya;
Berikan dulu apa yang dimaksudkan dengan couple itu.
Penghukuman halal, haram, makruh, sunat dan sebagainya bergantung kepada apa yang dibuat oleh couple itu. Penghukuman yang halal itu sangat jelas, dan yang haram juga sangat jelas.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan couple itu?
Contohnya:
DEFINISI 1:
Adakah maksud ''couple'' adalah ; ''aku suka dia, dia suka aku, so kami berpegang tangan, keluar tgk wayang, makan satu meja, bermessage i love you, you love me''?
ataupun;
DEFINISI 2:
''Ia hanya tautan hati/memendam rasa hati,aku minat dia, dia minat aku. Rasa ingin jadikan si dia sebagai isteri, dia pun rasa nak jadikan aku suami, skrg ni aku hanya berdoa agar kami dijodohkan, aku doa pd Allah agar dia jadi jodoh aku, dia pun doa pada Allah agar aku jadi jodoh dia, cuma sekarang aku dok simpan duit, cukup duit aku pi minang, selama aku couple ni aku tak ada keluar berdua-duaan tanpa mahram si wanita, tak pegang-pegang tangan, tak ada tengok wayang, tak ada bermessage2 yg tak perlu, pergaulan aku dgn dia masih sama mcm pergaulan aku dgn perempuan2 lain.''
DEFINISI 3 dan seterusnya;
definisi ''couple'' yg lain dari yg di ats..
Tiada yang pasti tentang hubungan di luar perkahwinan. Belanja makan ke, tengok wayang ke, jeling-jeling ke, walau tak pegang tangan atau tak pegang apa-apa, tiada yang pasti untuk memberikan penghukuman haram, makruh atau halal.

Yang pasti 100% tanpa syak wasangka, lepas saja berkahwin, segala apa yang dibuat untuk menyenangkan couple itu akan terus di'convert' menjadi kebaikan. Menjadi pahala buat kedua-duanya.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;...(Surah An-Nur, 31-32)
Apapun, jika definisi couple ialah berpacaran atau 'dating' di mana seorang lelaki akan membina hubungan dgn perempuan utk mengenal hati budinya dgn cara yg dikenali zaman sekarang sebagai teman wanita atau teman lelaki. 

Makanya, couple sebegini adalah ditegah oleh Islam. Ia adalah budaya Barat dan kita menyaksikan dgn mata kepala kita sendiri kerosakan yg sedang melanda negara Barat dan negara kita sekarang kerana gejala couple ni, termasuk di IPTA. 

Cinta yang fitrah dengan mudah boleh menjadi fitnah. Ia adalah dugaan yang sangat besar buat agama seseorang. Boleh jadi seseorang yang kuat agamanya, akan rebah saat jatuh cinta. Soal halal haram sudah tidak menjadi hirauan baginya asalkan dia mendapat gadis yang dicintai.
Malah, boleh jadi dia menjadikan agama atau apa sahaja kebaikan padanya untuk menambat hati wanita itu, sedangkan dia lupa segala kebaikan itu adalah daripada Allah semata-mata dan bukanlah miliknya.

Maka, apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Salahkah cinta sedangkan ianya adalah fitrah setiap manusia? Ianya tidak salah, namun kembalikanlah segalanya kepada Allah dan Islam.

Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhram kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. 

Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan cinta sebelum berumah tangga. Namun pada penulis itu bukanlah bercinta. Yang ada hanyalah cinta, kerana ber- itu sendiri menunjukkan kata kerja. 
Jika tiada perbezaan antara pergaulannya dengan wanita lain, maka tiadalah istilah bercinta itu ye dak? :)

Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Wanita



1) Menutup aurat. 

Firman Allah SWT: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);.. “(al-Ahzab:59). 

Aurat wanita dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Asma’ RA:

“Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua telapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Aurat lelaki dengan wanita bukan mahram ialah daripada bahagian pusat sehinggalah ke lutut.

2) Menjaga pandangan. 

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …(31). (Surah an-Nur, 30-31).
Bukan semua pandangan diharamkan. Imam asy-Syarbini menerangkan: “Pandangan juga dibolehkan pada bahagian yang bukan aurat dengan syarat tidak disertai syahwat dan aman daripada nafsu.” (Mughni al-Muhtaj)

3) Tidak berdua-duaan. 

Ibn Abbas RA berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam khutbahnya: “Tidak boleh bagi seorang lelaki berkhalwat dengan wanita melainkan bersamanya mahram.” (Riwayat Muslim)

Sesetengah orang berfikir dan berandai, jika kita berada di tempat awam maka tak apa jika berdua-dua. Ada ramai orang di sekeliling. Namun adakah orang-orang yang berada di sekeliling itu akan menghiraukan mereka? Dan di mana pula mahramnya?

Perlu diingatkan bahawa, mahram yang menemani pula mestilah yang memahami hukum-hakam agama dan mampu menegur jika kita melakukan maksiat ketika bersama dengan mereka yang bukan mahram. Berapa ramai mahram yang membiarkan sahaja saudaranya melakukan maksiat!

4) Tidak melembut-lembutkan suara. 

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita,merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab :32)
Imam As-Suddi berkata : Larangan ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat. (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177).

Ini semua termasuklah dalam bermanja-manja dengan bukan mahram, beroman-romantik, bergayut di telefon sambil meluah rasa cinta, ber ‘I love U’ dan ‘U love Me’, ‘I miss U, dan lain-lain lagi.

5) Tidak bersentuhan (tidak kira berlapik mahupun tidak). 

Daripada Ma’qil bin Yasar ra, : “Bahawa ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik daripada memegang-megang perempuan yg tidak halal baginya.” (Riwayat at-Thabrani, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’:5045).
Bersentuhan ini termasuklah bersalaman, berpegangan tangan, bertepuk tampar dan lain-lain tidak kira berlapik mahupun tidak.

Akhirnya setelah tolak tambah darab bahagi, cinta yang sejati adalah cinta kepada ALLAH. Justeru, kita perlu jaga sebaiknya hubungan kita dengan-Nya agar matlamat dan hala tujuan kehidupan kita sentiasa jelas dan terarah untuk pasti kembali kepada-Nya satu hari nanti.

Walau bagaimanapun, itu tak menidakkan cinta sesama insan malah itu fitrah yang ALLAH ciptakan kepada setiap insan yang dicipta-Nya. Seorang lelaki memerlukan perempuan dan begitu juga sebaliknya dan disatukan sebagai suami isteri yang sah seterusnya melahirkan zuriat. Tetapi untuk merealisasikannya haruslah kena pada tempat, masa dan keadaan dengan petunjuk agama. Bukan ikut nafsu kita. Kita tak pula disuruh untuk mengunci nafsu tetapi mengawalnya dengan baik. 

Sesetengah orang mengatakan :
"Biasalah umur-umur macam ni, masing-masing tengah mencari. Rilekslah"
Tidak ada masalah untuk mencari selagi tidak melakukan apa-apa yang melanggar syarak.
Apabila batas yang sudah Allah tetapkan dilanggar secara terang-terangan, maka wajib ada muslim yang menegur dan memperbetul kesilapan tersebut.
Itulah namanya amar ma'ruf, nahi mungkar. Jadi bagaimana dengan iman kita seandainya tiada yang menegur, malah menyokong pula?

Nafsu diciptakan oleh ALLAH untuk insan. Namun haruslah dikawal menurut syariat. Hatta pertunangan pun, larangan dan hukum tetap sama selagi belum berkahwin. Andai tunang dilayan berbeza berbanding lelaki lain, ambillah iktibar dari hal ini kerana mereka belum sah menjadi pasangan kita.

Kesimpulannya, ketaqwaan kepada ALLAH dengan hidup berteraskan Al Quran dan As Sunnah perlu disuburkan dalam cinta sesama insan. Jangan melampau atau obses dalam cinta sesama insan sampai sanggup korbankan harga diri, masa depan dan hidup kita. Semoga kita mendapat cinta sejati iaitu cinta ALLAH akan kita, disamping cinta sesama insan. 
Jom kita amalkan doa yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W :

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu akan cinta-Mu, cinta orang yang menyintai-Mu dan amalan yang membawaku kepada cinta-Mu. Ya ALLAH, jadikan cintaku kepada-Mu lebih daripada cintaku kepada diriku sendiri, keluargaku dan air yang dingin” Hadis Riwayat Tirmidzi, Hakim, Abu Nu’aim & Abu Qaani’ dari Abi Darda’ 
Indah sungguh kata-kata sang Nabi. Bagaimana cinta kita kepada Rasul junjungan sallallahu 'alaihi wasallam, insan yang paling bertaqwa kepada Allah azza wa jalla?

Pesan dari diri yang dhaif ini, lebih banyak hal dan urusan yang perlu disibukkan oleh kita. 
Jika sekalipun kita tidak mendapat orang yang kita kasihi sebagai suami/isteri, untuk apa dikesalkan? Cinta kepada manusia adalah salah satu kelazatan dunia yang pasti akan hilang. Dan ia boleh bertumbuh juga dengan kehendakNya. Janganlah menjadi hamba kepada cinta sehingga kita dibutakan olehnya. Yang benar tetap benar, yang salah itu kita tetap katakan sebagai salah. Jadilah adil, walaupun terhadap diri kita sendiri.


يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَآءِ للَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَلِدَيْنِ وَالاٌّقْرَبِينَ إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلاَ تَتَّبِعُواْ الْهَوَى أَن تَعْدِلُواْ وَإِن تَلْوُواْ أَوْ تُعْرِضُواْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً 
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa : 135)

Dalam tafsir Ibnu Kathir tentang ayat ini, beliau mengatakan "Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk membela kebenaran dan keadilan dan tidak menyimpang dari itu, sama ada ke kanan atau ke kiri. Mereka tidak perlu takut dipersalahkan oleh sesiapapun atau membenarkan orang untuk mencegah mereka dari melakukan sesuatu kerana Allah. Mereka juga harus mendapatkan bantuan, sokongan dan pertolongan antara satu sama lain demi Allah.
Peringatan juga buat penulis (pengedit) sendiri.Sentiasalah intropeksi diri kita, kerana itu lebih mendekati taqwa.

bola

17 Nov 2011 : coach Malaysia kne buang padang . =..=' malunyer~~ hoho .
actually bukan tu jdi tajuk utama , adila sje nk share feelings ngn sume , alhamdulillah , recent , adila dh dpt hidayah utk berubah ke arah kebaikan . skarang adila tgh cbe utk meningkatkan tahap kesabaran and menguatkan lg iman . alhamdulillah jgk ler , adila dpt brcerite kt kwn adila ape yg adila dh blaja . alang2 adila blaja skali ape yg adila ajr , adila akn cbe ingt segale nyer . and ade jugak sahabat2 adila yg msih belom sedar , mmg kecewa , tpi it's okay , slagi adila ade kekuatan , adila akn cbe ubah diorg , pelan2 pon x pek , aslkn ade la perubahan sikit . =..= . hoho . okey , sometimes adila rse give up gak , tpi , adila cbe ingtkan dri sniri bgaimna kuatnyer iman para rasul pd zaman dlu2 . perghh... mmg tabik la ! okey , mmg adila ni bkn rasul but at least , adila cbe sebarkan ajaran mereka2 sume . insyallah , adila pon akn blaja . okey balik pd tdi , adila ngaku , adila x dek la perfect sgt , adila pon ade kekurangan , no body's perfect kan . tpi at least , adila cbe ubah dri ke arh kebaikan and alhamdulillah , adila dpt la berubah sedikit demi sedikit , mgkn perlahan tpi ade jugak dari x dek kn . =..=' . hahaha . okey la , adila blah dlu , assalamualaikum .

video !

assalamualaikum . recent , adila suke gile pegi www.youtube.com  . nk tau nape ? sbb , adila suke tgok video vloggers nie : aimanazlan90 , mathluthfi90 . deme punyer vlog ade yg lawak , ade yg bgi pengajaran kt kte . hoho , sonok tgk video deme . even kalo adila sedih pon , insyallah boleh happy . alhamdulillah . adila harap korg pon tgk gak video nie . hehe . ok lorh , pgy dlu , assalamualaikum !

zina hati

Sabda Rasulullah…“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.zina hati
Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan.Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..
Kemusykilan pertama: “apakah maksud detail zina hati?”
al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.
Kemusykilan kedua: “adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”
al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
Kemusykilan ketiga: “abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”
al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
(rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)
KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. yANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..

15 ciri wanita syurga ( insyallah )

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

astaghfirullahalazim !

cerpen ni saya dapat dari satu blog , demi kebaikan semua saye pon share ler , selamat membaca !




Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya- tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun- tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….


Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja.Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.


Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan
kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…


Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga ,tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."


"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.


"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.


Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!


"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati. 


Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'




Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian. 'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.


"Esok free tak? Boleh kita chatting?"


"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.


"Ok.Tq..." balasnya pula.


Keesokannya, aku menanti awal dia online.


'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.


Oh, tepat sungguh waktunya...


Amin: assalamualaikum wbt.


Wani: wsalam…


Amin: apa khabar? sihat? iman baik?


Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?


Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni…tp takpe, ok je semua


Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...


Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...


Wani: wah, rajinnya... baguslah!


Amin: hurm...


Amin: study macam mana?


Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.


Amin: oic...


Amin: takpe, study rajin2 ye..


Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…


Amin: hurm…


Wani: apa dia? tanya la… sila2..


Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?


Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket…tiada couple-couple mcm org lain…declare pun tak kan?


Wani: so, statusnya kawan je la…


Amin: hurm…


…..


Wani: erh, tak betul ke?


Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj…yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..


Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…


Wani: jadi…


Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…


Amin: sbb……


Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…


Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…


Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…


Amin: huh…


Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…


Amin: kononya Islamik…


Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…


Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..


Amin: hurm…..


Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…


Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…


Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…


Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…


Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…


Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…


Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…


Cinta hakiki hanyalah pada Allah…


Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh
naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada
makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk
kembali kepada kekufuran sebagaimana  ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.


Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.


Aku terus menjawab ringkas….


Wani: thanks & sorry too… saya terima…Alhamdulillah…


Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.


Wani: wassalam.


Signed out


Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat
mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling
menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.


 “Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” 


Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.


“Ya bang, Wani turun…”


Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta .


the end . kalau x keberatan , share2 la yerk ! :)